awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Selangor sangkal dakwaan Perak enggan terima bantuan

Bernama
Bernama
02/01/2015
11:23 MYT
MB Selangor sangkal dakwaan Perak enggan terima bantuan
MOHAMED AZMIN: Pejabat Menteri Besar Perak sendiri telah mengesahkan penerimaan bantuan cek berjumlah RM100,000 itu.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menyangkal dakwaan kononnya Perak enggan menerima bantuan kewangan RM100,000 yang diperuntukkan kerajaan Selangor kepada mangsa banjir di negeri jiran itu.
Beliau berkata ini berikutan pejabat Menteri Besar Perak sendiri telah mengesahkan penerimaan bantuan yang disampaikan dalam bentuk cek itu.
"Saya tidak ada maklumat itu (cek ditolak) kerana faktanya ialah cek itu sudah diserahkan dengan tangan kepada Perak baru-baru ini dan pejabat Menteri Besar (Perak) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengesahkan penerimaan cek berkenaan.
"Saya tidak mahu komen tentang hal itu (ditolak) kerana saya nyatakan apa yang berdasarkan maklumat di tangan saya," katanya kepada pemberita di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Mohamed Azmin mengulas dakwaan Perak telah menolak bantuan berjumlah RM100,000 yang diserahkan kerajaan negeri Selangor bagi membantu mangsa banjir di Perak seperti yang dilaporkan sebuah portal berita semalam.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#banjir
#bantuan
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan