awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar

Bernama
Bernama
10/04/2026
08:10 MYT
Konflik Asia Barat: Kerajaan tanggung beban pertahan subsidi RON95 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah Kampung Cheras Baru, Cheras hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menghadapi tekanan untuk terus mempertahankan subsidi RON95 daripada menghadapi kenaikan.
Bagaimanapun menurutnya, kerajaan akan terlebih dahulu mengambil kira kos sara hidup rakyat sebelum membuat sebarang perubahan kepada bantuan fiskal itu.
"Daripada segi tekanan kewangan itu sedikit membebankan kerajaan, tetapi saya ingat penting juga supaya kita mengurangkan beban kepada rakyat.
"Jadi saya ingin minta kerjasama semua supaya berjimat-cermat menggunakan tenaga, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan ekonomi negara," kata Anwar selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah Kampung Cheras Baru, Cheras hari ini.
Sebelum ini, Anwar memberitahu kerajaan menanggung subsidi tambahan lebih RM2 bilion sebulan berikutan ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat.
Tambah Anwar, peluasan subsidi diesel kepada sektor terkesan masih dalam fasa kajian oleh kementerian terlibat.
"Subsidi diesel akan diteruskan, ada beberapa kalangan yang merasakan kenaikan harga diesel itu membebankan. Kalau melibatkan soal peladang, petani, nelayan itu mereka telah dibantu.
"Manakala kalau bidang lain, kita dengan beberapa kementerian sedang mengkaji untuk mengurangkan tekanan kepada mereka," jelas Anwar.
Topic Berkaitan
#subsidi RON95
#konflik Asia Barat
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#krisis tenaga global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan