awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YTSM sumbang RM400,000 untuk bantu mangsa banjir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
18/01/2015
10:36 MYT
YTSM sumbang RM400,000 untuk bantu mangsa banjir
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa bergambar kenangan bersama penyumbang dan penerima replika cek. - Foto BERNAMA
Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin menyumbang RM400,000 kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia, Mercy Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa bagi menggerakkan program membantu mangsa banjir.
Sumbangan diserahkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada dua badan sukarelawan itu di Kuala Lumpur Golf and Country Club, Bukit Kiara.
Mercy Malaysia dan Yayasan Sukarelawan Siswa masing-masing menerima RM200,000.
Presiden Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Effendi Norwawi, berkata yayasan itu bekerjasama dengan kedua-dua badan bukan kerajaan terbabit kerana mereka mempunyai jaringan tenaga kerja yang luas serta teratur dan berkesan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga pengasas dan penaung yayasan itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM200,000 oleh DRB-Hicom kepada Mercy Malaysia.
Yayasan Sukarelawan Siswa diwakili pengerusinya Datuk Zuraidah Atan, Mercy Malaysia diwakili Pengarah Wilayahnya Norazam Ab Samah dan DRB-Hicom diwakili Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.
Topic Berkaitan
#mercy malaysia
#Muhyiddin Yassin
#Yayasan Golf Amal TSM
#Yayasan Sukarelawan Siswa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan