awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran

Bernama
Bernama
07/04/2026
13:59 MYT
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
TRUMP: Seluruh tamadun akan musnah malam ini, tidak akan dapat dikembalikan semula. Saya tidak mahu perkara itu berlaku, tetapi kemungkinan besar ia akan berlaku. - Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa memberi amaran bahawa “seluruh tamadun akan musnah malam ini” ketika tarikh akhir yang ditetapkannya untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Iran hampir berakhir pada Selasa malam, lapor Anadolu Ajansi.
“Seluruh tamadun akan musnah malam ini, tidak akan dapat dikembalikan semula. Saya tidak mahu perkara itu berlaku, tetapi kemungkinan besar ia akan berlaku,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.
“Namun, kini selepas perubahan rejim sepenuhnya berlaku, apabila pemikiran yang berbeza, lebih bijak dan kurang radikal menguasai keadaan, mungkin sesuatu yang luar biasa bersifat revolusioner boleh berlaku. Siapa tahu? Kita akan mengetahuinya malam ini, satu daripada detik paling penting dalam sejarah dunia yang panjang dan kompleks. Selama 47 tahun pemerasan, rasuah dan kematian akhirnya akan berakhir,” tambahnya.
Terdahulu, Trump mengancam untuk mengebom stesen janakuasa dan jambatan di seluruh Iran sekiranya Tehran gagal membuka semula Selat Hormuz dan mencapai persetujuan menjelang 8 malam Selasa waktu EDT (0000 GMT Rabu).
Ketegangan serantau terus memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb lepas, mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei. Pihak berkuasa Iran tidak mengemas kini angka korban sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, mengakibatkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ancaman
#tarikh akhir
#gencatan senjata
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan