awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/04/2026
15:45 MYT
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Ramsay Embol berkata, rakaman video terbabit memaparkan suspek lelaki tempatan berusia awal 20-an bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan berkenaan. - Gambar tangkap layar video tular

Seorang lelaki yang bertindak kejam dengan merendam seekor anak anjing ke dalam tangki berisi air di sebuah tapak pembinaan di Seksyen 32, Shah Alam ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.14 pagi, Rabu, daripada orang awam selepas video berkenaan tular di aplikasi TikTok.

Menurutnya, rakaman video terbabit memaparkan suspek lelaki tempatan berusia awal 20-an bertindak tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek pada hari sama kira-kira pukul 3.40 petang di lokasi kejadian.

“Dalam tangkapan itu, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Selain itu, katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Topic Berkaitan
#dera haiwan
#polis
#kejam
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan