awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear

Bernama
Bernama
15/04/2026
15:08 MYT
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
TRUMP: Mereka tidak boleh memiliki senjata nuklear. Jika mereka tidak berhenti, kita tidak akan membuat perjanjian. - Gambar fail

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata tiada perjanjian damai akan dicapai jika Iran terus berusaha memiliki senjata nuklear, namun menambah bahawa perang itu “boleh ditamatkan tidak lama lagi”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Mereka tidak boleh memiliki senjata nuklear,” kata Trump kepada Fox Business dalam satu wawancara. “Jika mereka tidak berhenti, kita tidak akan membuat perjanjian.”

“Kita boleh memusnahkan setiap jambatan mereka dalam masa satu jam. Kita boleh memusnahkan setiap loji jana kuasa mereka, loji tenaga elektrik, dalam masa satu jam. Kita tidak mahu berbuat demikian,” katanya sambil menambah: “Kita lihat apa yang akan berlaku.”

Mengulangi dakwaannya bahawa Iran menimbulkan ancaman, beliau berkata Tehran “sedang bergerak untuk menguasai Asia Barat, dan kita menghentikan mereka,” sambil menambah bahawa negara itu akan memiliki senjata nuklear dan “akan menggunakannya.”

Beliau menambah, “Saya fikir mereka sangat mahu membuat perjanjian.”

Perbincangan telah diadakan di ibu negara Pakistan, Islamabad, pada hujung minggu lalu bagi menamatkan secara kekal perang AS-Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Feb, namun tiada persetujuan dicapai.

Usaha untuk mengadakan satu lagi pusingan rundingan sedang diteruskan. Pakistan pada 8 April menjadi pengantara gencatan senjata selama dua minggu, yang masih berkuat kuasa.

Sementara itu, presiden AS itu berkata bahawa dalam perang terhadap Iran, negaranya menerima “sifar” bantuan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

“Apa maknanya jika mereka tiada bersama kita di sini, mereka juga tidak akan bersama kita. Jadi mengapa kita? Mengapa kita membelanjakan ratusan bilion dolar setahun untuk NATO jika mereka tidak bersama kita?” katanya.

Trump turut berkata beliau mempunyai hubungan “sangat baik” dengan Presiden China Xi Jinping, sambil menambah bahawa Xi memaklumkan Beijing tidak membekalkan senjata kepada Iran, sekali gus menafikan laporan media.

“Saya menulis surat kepadanya meminta beliau supaya tidak berbuat demikian,” kata Trump, sambil menambah bahawa Xi menjawab “bahawa pada asasnya beliau tidak berbuat demikian.”

-- BERNAMA-ANADOLU

Topic Berkaitan
#Iran
#AS
#presiden as
#Donald Trump
#nuklear
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan