awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,500 peminjam Skim Bazar Ramadan diminta bayar balik pinjaman dengan segera

Bernama
Bernama
31/05/2015
00:37 MYT
4,500 peminjam Skim Bazar Ramadan diminta bayar balik pinjaman dengan segera
RM30 juta pinjaman diberikan kepada 11,589 peniaga bazar Ramadan tahun lepas - Gambar Fail
Sejumlah 4,500 peminjam Skim Bazar Ramadan (SBR) 2014 yang gagal membuat sebarang pembayaran kepada Bank Rakyat digesa membayar balik pinjaman itu dengan segera.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sekiranya mereka gagal berbuat demikian, nama mereka akan disenarai hitam daripada menerima pelbagai pakej bantuan daripada kerajaan serta pinjaman perniagaan daripada bank.
Beliau berkata setakat ini pihaknya berjaya mengutip balik pinjaman tersebut sebanyak RM13.27 juta daripada RM30 juta pinjaman yang diberikan kepada 11,589 peniaga bazar Ramadan tahun lepas.
"Setakat ini 35 peratus peminjam berjaya langsaikan pinjaman mereka kepada Bank Rakyat dan 26 peratus peminjam lagi sedang membayar baki pinjaman manakala 39 peratus atau 4,500 peminjam menghilangkan diri.
"Kita masih beri peluang kepada mereka untuk selesaikan pinjaman mereka kerana kita tak mahu nama mereka terus disenarai hitam sehingga mereka tidak boleh buat pinjaman dari bank dan Tekun Nasional," katanya pada majlis Penyerahan Skim Bazar Ramadan peringkat negeri Kedah, di sini pada Sabtu.
Ahmad Bashah berkata pembayaran balik pinjaman tersebut penting bagi membolehkan peniaga bazar Ramadan sedia ada atau yang baharu dapat menggunakan pinjaman tersebut untuk menjalankan perniagaan.
Beliau berkata pendapatan yang diperoleh mereka boleh digunakan untuk membayar sebahagian daripada pinjaman tersebut dan tidak perlu menunggu sehingga empat bulan untuk menyelesaikannya.
"Kalau dulu dua bulan agak sukar untuk mereka bayar balik dan bila kita panjangkan sampai empat bulan diharap peminjam dapat bayar balik pinjaman itu. Kita yakin pendapatan mereka perolehi pada bulan Ramadan mampu untuk bayar balik pinjaman," katanya.
Katanya tahun ini pihak kementerian memperuntukkan sebanyak RM38.2 juta sebagai modal kepada peniaga untuk mereka menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah
#SBR
#Skim Bazar Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan