awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran umum kemenangan, AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang

Agensi
Agensi
08/04/2026
04:30 MYT
Iran umum kemenangan, AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang
Rakyat Iran berkumpul di Tehran meraikan pengumuman gencatan senjata selama dua minggu. - Gambar/ Reuters
IRAN mengisytiharkan kemenangan susulan gencatan senjata yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Trump turut menyifatkan cadangan 10 perkara yang bertujuan menamatkan perang dikemukakan Iran, mempunyai "asas yang boleh dilaksanakan".
Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, berkata: “Perlu diperhatikan bahawa penerimaan resolusi sedemikian akan menjadikan semua perjanjian ini mengikat bawah undang-undang antarabangsa dan merupakan satu kemenangan diplomatik besar bagi rakyat Iran,” katanya.
Rangkaian Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) milik kerajaan dalam pada itu melaporkan, Amerika Syarikat (AS) "pada dasarnya" menerima cadangan 10 perkara yang bertujuan menamatkan perang.
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran berkata, cadangan itu akan menjadi rangka kerja untuk rundingan yang bertujuan memuktamadkan perjanjian yang lebih luas, namun tidak memperincikan rancangan itu.
IRIB, memetik kenyataan dan laporan berkaitan, berkata cadangan itu termasuk jaminan untuk tidak melakukan pencerobohan terhadap Iran, Iran terus mengawal Selat Hormuz, pengiktirafan hak Tehran untuk pengayaan uranium, penarikan semua sekatan primer dan sekunder AS, penamatan resolusi Majlis Keselamatan Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Lembaga Agensi Tenaga Atom Antarabangsa terhadap Iran, pembayaran pampasan, pasukan tentera AS berundur daripada Iran dan menamatkan permusuhan di semua tempat termasuk di Lubnan.
Menurut majlis itu, rundingan tersebut tidak bermakna perang telah berakhir, menekankan bahawa sebarang perjanjian akhir bergantung pada memastikan keadaan Iran dan memuktamadkan butiran.
Tambahnya, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dipastikan semasa tempoh rundingan melalui penyelarasan dengan angkatan tentera Iran.
Rundingan dijadualkan bermula pada Jumaat di Islamabad di bawah pengantaraan Pakistan dan akan berlangsung sehingga dua minggu, dengan kemungkinan dilanjutkan menerusi persetujuan bersama.
Trump berkata sebelum ini, Washington akan menangguhkan serangan ke atas Iran selama dua minggu, menyifatkan cadangan Tehran sebagai "asas yang boleh dilaksanakan" untuk rundingan.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#iran umum menang
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan