awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Jauhari Yahya dilantik pengerusi Sapura Resources

Dagang News
Dagang News
21/07/2022
01:15 MYT
Ahmad Jauhari Yahya dilantik pengerusi Sapura Resources
Ahmad Jauhari mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam pelbagai bidang meliputi minyak dan gas, penerbitan media, penjanaan kuasa, utiliti gas, telekomunikasi dan teknologi maklumat. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Ahmad Jauhari Yahya dilantik sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Sapura Resources Bhd berkuat kuasa semalam, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia.
Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines itu sebelum ini dilantik sebagai pengarah bebas Sapura Resources sejak 2016.
Ahmad Jauhari mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam pelbagai bidang meliputi minyak dan gas, penerbitan media, penjanaan kuasa, utiliti gas, telekomunikasi dan teknologi maklumat.
Sementara itu, dalam makluman berasingan, ia mengumumkan Tan Sri Amar Hamid Bugo yang merupakan pengerusi Sapura Resources dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Ia turut mengumumkan persaraan pengarah bukan bebas Sapura Resources, Datuk Muthanna Abdullah.
Sapura Resources, kini tertumpu kepada 2 perniagaan teras iaitu penerbangan dan hartanah, menyaksikan harga sahamnya kekal tidak berubah pada 25 sen ketika penutupan petang semalam. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Ahmad Jauhari Yahya
#Sapura Resources
#pengerusi bebas dan bukan eksekutif
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan