awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait

Astro AWANI
Astro AWANI
06/04/2026
09:44 MYT
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tentera AS di Pulau Bubiyan, Kuwait
Ebrahim Zolfaqari (foto) berkata serangan itu menyasarkan peralatan satelit serta simpanan peluru di pulau berkenaan. -Gambar Reuters
Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Pulau Bubiyan, Kuwait, didakwa menjadi sasaran serangan dron oleh Iran dalam satu operasi terbaharu, menurut laporan media rasmi Tehran, hari ini.
Jurucakap Markas Pusat Khatam al‑Anbiya Iran, Ebrahim Zolfaqari, dalam satu kenyataan video berkata serangan itu menyasarkan peralatan satelit serta simpanan peluru di pulau berkenaan.
Beliau turut mendakwa pasukan tentera AS telah berpindah ke Pulau Bubiyan dari Kem Arifjan selepas pangkalan terbabit dibedil berulang kali dalam serangan terdahulu.
Pulau Bubiyan yang terletak di barat laut Teluk Arab merupakan pulau pesisir terbesar milik Kuwait.
Media tempatan melaporkan serangan dron itu menyebabkan serpihan jatuh di kawasan perumahan di utara negara tersebut, mengakibatkan beberapa orang awam cedera.
Pihak berkuasa kesihatan Kuwait mengesahkan mangsa terlibat telah menerima rawatan kecemasan susulan insiden berkenaan.
Dalam pada itu, tentera Kuwait memaklumkan sistem pertahanan udara negara itu sedang giat memintas ancaman peluru berpandu dan dron yang menyasarkan wilayah berkenaan bagi menjamin keselamatan awam.
Serangan terbaharu itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin memuncak, dengan Iran memberi amaran akan melancarkan tindak balas lebih hebat sekiranya sasaran awam atau industri miliknya terus diserang.
Setakat ini, pihak Washington masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan pemindahan pasukan atau tahap kerosakan di Pulau Bubiyan.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Pulau Bubiyan
#Kuwait
#serangan dron
#konflik Asia Barat
#ketegangan serantau
#keselamatan Teluk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan