awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Pemilik rumah kebajikan didakwa lagi, aniaya empat penghuni pusat jagaan kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO

Bernama
Bernama
13/04/2026
16:37 MYT
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
Dominguez berkata, tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menyekat selat antarabangsa yang digunakan bagi transit antarabangsa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Arsenio Dominguez berkata pada Isnin, tiada mana-mana negara mempunyai hak untuk menyekat selat antarabangsa yang digunakan bagi transit antarabangsa, lapor Xinhua.

Bercakap dalam satu sidang media, Dominguez membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan sama ada sekatan yang berpotensi dilaksanakan oleh Washington ke atas Selat Hormuz akan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Dari sudut perundangan, selaras dengan undang-undang antarabangsa, tiada negara berhak untuk melarang hak laluan aman, mahupun menghalang kebebasan pelayaran melalui selat antarabangsa yang digunakan untuk transit antarabangsa,” katanya.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad mengumumkan yang Tentera Laut AS akan mula menyekat kapal yang cuba memasuki atau keluar dari Selat Hormuz selepas rundingan damai dengan Iran gagal mencapai persetujuan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Imo
#Dominguez
#sekatan
#Selat Hormuz
#transit antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan