awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X buka laluan baru ke Shanghai

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2013
23:41 MYT
AirAsia X buka laluan baru ke Shanghai
Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh AirAsia X terus mengembangkan rangkaian penerbangan mereka secara terus ke China melalui pengenalan penerbangan ke Shanghai dari Kuala Lumpur bermula 19 Februari lalu.
Sebagai menghargai sokongan pelanggan dan meraikan laluan baru tersebut , Airasia X menawarkan tambang serendah RM329 sehala dari Kuala Lumpur ke Shanghai bagi kelas ekonomi dan RM899 untuk kelas premium.
Shanghai adalah destinasi antarabangsa ke-14 AirAsia X di China selepas beberapa kawasan termasuk Hangzhou, Beijing, Chengdu, Guilin, Shenzhen, dan Guangzhou.
Menurut ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani, kehadiran AirAsia X di Shanghai akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat penerbangan itu di China.
Ujarnya laluan ke Shanghai itu melengkapkan tawaran laluan kumpulan AirAsia ke lebih 85 destinasi seluruh Asean dan global.
Buat permulaan enam penerbangan disediakan seminggu dan berkuatkuasa 1 Mei kekerapan ke destinasi berkenaan akan ditingkatkan secara harian.
Pelancaran destinasi baru itu turut dihadiri pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz.
Rafidah berkata laluan ke Shanghai member akses terus buat pelancong untuk melawat kedua-dua negara.
Beliau juga menyifatkan pembukaan laluan baru itu sebagai usaha AirAsia X selaku syarikat swasta untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Selain China, AirAsia X turut mempunyai laluan jarak jauh ke Australia, Jepun, Korea Selatan dan Jeddah.
Tawaran promosi tambang rendah ke Shanghai akan berakhir 30 Mac ini.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Shanghai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan