awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat

Astro AWANI
Astro AWANI
06/04/2026
01:33 MYT
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
Velayati berkata pihak yang digelar pakatan penentangan melihat Selat Bab el‑Mandab sebagai sama strategik dengan Selat Hormuz. - Foto X/Tasnim
Iran memberi amaran bahawa laluan perkapalan antarabangsa utama di luar Selat Hormuz berisiko terancam sekiranya Amerika Syarikat (AS) dan Israel terus meningkatkan serangan ke atas negara itu.
Amaran tersebut disuarakan oleh penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, Ali Akbar Velayati, yang berkata salah perhitungan oleh Washington atau Tel Aviv boleh mengganggu aliran tenaga global dan perdagangan antarabangsa secara serius.
Menurut laporan televisyen kerajaan Iran, Press TV, Velayati berkata pihak yang digelar pakatan penentangan melihat Selat Bab el‑Mandab sebagai sama strategik dengan Selat Hormuz.
Kenyataan itu dibuat susulan ancaman terbaharu Presiden AS, Donald Trump, yang berikrar untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran sekiranya negara itu tidak membuka sepenuhnya Selat Hormuz menjelang Selasa.
Velayati turut berkata bahawa walaupun AS mungkin telah mempelajari beberapa pengajaran daripada sejarah Iran, Washington “masih belum memahami geografi kuasa”.
Selat Bab el‑Mandab, yang terletak di luar pesisir Yemen, menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden dan Laut Arab, dan merupakan laluan perkapalan penting bagi kapal-kapal yang menuju ke Terusan Suez.
Sebelum ini, kumpulan Houthi di Yemen, yang bersekutu dengan Tehran, telah memberi amaran bahawa mereka bersedia untuk menyasarkan laluan perairan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap Iran.
Serangan kumpulan itu ke atas kapal-kapal di Laut Merah semasa perang Israel di Gaza sebelum ini telah menyebabkan gangguan besar terhadap perdagangan antarabangsa.
Pemerhati berpendapat amaran terbaharu Iran itu memberi isyarat bahawa konflik berkenaan berpotensi meluas melangkaui Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan risiko kepada kestabilan pasaran tenaga dan perkapalan global.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Ali Akbar Velayati
#Selat Bab el‑Mandab
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan