awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung

Astro AWANI
Astro AWANI
12/04/2026
03:44 MYT
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
Mangsa, iaitu seorang wanita berusia 28 tahun turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang wanita diserang ketika sedang membuat siaran langsung menerusi media sosial di dalam keretanya di Bandar Laguna Merbok dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa dikatakan diserang oleh suspek yang menaiki kereta Toyota Vellfire pada 5.02 petang di hadapan sebuah rumah di kawasan itu.
“Sebuah kereta yang dinaiki empat individu dikatakan menghampiri mangsa yang berada di dalam kereta. Seorang suspek bertindak memukul muka, kepala dan badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.
“Kami menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita berusia 29 tahun untuk membantu siasatan. Kes ini kami siasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa, iaitu seorang wanita berusia 28 tahun turut ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
Hanyan berkata kesemua suspek ditahan tengah malam tadi di sekitar daerah itu.
Kejadian itu tular di media sosial sejak semalam yang memaparkan rakaman video seorang wanita yang sedang membuat siaran langsung menerusi platform media sosial di dalam kereta diserang serta dipukul oleh seorang wanita lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serang
#wanita
#siaran langsung
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan