awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera

Bernama
Bernama
14/04/2026
16:43 MYT
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 40 lagi cedera pada Selasa selepas sebuah dandang dalam sebuah loji janakuasa meletup di negeri Chhattisgarh, tengah India, menurut beberapa laporan media tempatan. - Gambar X

Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 40 lagi cedera pada Selasa selepas sebuah dandang dalam sebuah loji janakuasa meletup di negeri Chhattisgarh, tengah India, menurut beberapa laporan media tempatan.

Letupan berlaku di loji tenaga milik Vedanta di Kampung Singhitarai dalam Daerah Sakti, kira-kira 228 kilometer timur laut Raipur, ibu negeri Chhattisgarh.
“Sepuluh orang maut lebih 40 lagi cedera dalam satu letupan di loji janakuasa di Daerah Sakti, Chhattisgarh pada Selasa,” lapor saluran berita televisyen tempatan NDTV yang memetik pihak polis.
Menurut saluran itu, beberapa pekerja dikhuatiri masih terperangkap di lokasi kejadian.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Menurut pegawai kerajaan tempatan, sebahagian mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Sejurus selepas letupan, pihak berkuasa mengerahkan anggota polis, bomba dan penyelamat, kesihatan serta jabatan pengurusan bencana ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
Maklumat awal menunjukkan letupan berlaku pada tiub dandang di loji kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan), ketika pekerja sedang berehat makan tengah hari.
Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap tebal keluar dari loji berkenaan.
Letupan sering berlaku di kilang di India kerana pemilik kerap mengabaikan piawaian keselamatan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#India
#Chhattisgarh
#letupan dandang
#loji tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan