awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas

Amanz
Amanz
10/02/2025
00:45 MYT
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Sony hanya mengatakan gangguan kepada rangkaian adalah disebabkan oleh isu teknikal dan bukan disebabkan oleh serangan penggodam seperti pada 2011 yang menyebabkan PSN tergendala selama 23 hari.
PADA Sabtu lalu perkhidmatan PlayStation Network (PSN) terganggu sehingga 20 jam menyebabkan pemilik PlayStation bukan sahaja tidak dapat bermain secara dalam talian tetapi permainan digital yang dimiliki menerusi PlayStation+ juga tidak boleh dimainkan kerana lesen tidak boleh disahkan.
Lebih kritikal, pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
Berhadapan dengan jutaan pelanggan PlayStation+ yang mengamuk, Sony mengumumkan pampasan dalam bentuk akses 5 hari percuma kepada semua pelanggan yang terjejas.
Sony hanya mengatakan gangguan kepada rangkaian adalah disebabkan oleh isu teknikal dan bukan disebabkan oleh serangan penggodam seperti pada 2011 yang menyebabkan PSN tergendala selama 23 hari.
Walaupun akses percuma telah diberikan, ramai pelanggan yang masih merungut menerusi media sosial kerana merasakan pampasan yang diberikan tidak memadai.
Gangguan berlaku pada hujung minggu yang mungkin dua hari mereka dapat menikmati permainan video dan bertindan dengan ujian Monster Hunter Wilds Beta.
Foto Amanz
Foto Amanz
Topic Berkaitan
#PlayStation
#Sony
#permainan digital
#akses percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan