awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran masuk dana asing cecah rekod tertinggi - PM Najib

Bernama
Bernama
21/04/2018
08:56 MYT
Aliran masuk dana asing cecah rekod tertinggi - PM Najib
Di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), rekod tersebut berjaya dicapai walaupun terdapat penyebaran berita palsu mengenai ekonomi negara. - Gambar fail
ALIRAN masuk dana asing ke Bursa Malaysia setakat Khamis lepas (19 April) telah mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), rekod tersebut berjaya dicapai walaupun terdapat penyebaran berita palsu mengenai ekonomi negara.
"Dalam pembangkang asyik sebar berita palsu mengenai ekonomi negara, pelabur asing dan pengurus dana terus yakin kepada Malaysia dan dasar ekonomi BN.
"Setakat Khamis, aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia cecah rekod tertinggi satu tahun, RM429.80 juta," kata Perdana Menteri dalam akaun twitternya hari ini.
Dalam pembangkang asyik sebar berita palsu mengenai ekonomi negara, pelabur asing dan pengurus dana terus yakin kepada Malaysia dan dasar ekonomi @barisanasional. Setakat Khamis, aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia cecah rekod tertinggi 1 tahun, RM429.80 juta!
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 21, 2018
Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa aliran masuk (bersih) mencatatkan 389.35 peratus lebih tinggi berbanding aliran masuk bersih RM87.83 juta yang dicatat Rabu lepas.
Setakat minggu ini, Bursa Malaysia mencatat jumlah aliran masuk bersih RM560.96 juta.
Di Asia, Malaysia berada di tempat ketiga selepas China dan India, yang menerima kemasukan dana asing setakat tahun ini sebanyak RM3.4 bilion.
Najib juga berkata setakat 13 April tahun ini, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia mencecah paras US$110.0 bilion (US$1=RM3.90).
Menurutnya ia merupakan satu lagi bukti keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara, dan dasar ekonomi kerajaan BN yang berkesan.
Dalam kenyataan sebelum ini, bank pusat berkata rizab US$110 bilion lebih tinggi berbanding US$107.8 bilion pada 30 Mac, 2018.
Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek,katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#Barisan Nasional
#Bursa Malaysia
#China
#ekonomi
#kerajaan
#Malaysia Memilih
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan