awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pembenihan awan di Kedah dan Perlis berjaya, diteruskan di Perak hari ini

Bernama
Bernama
08/04/2026
04:31 MYT
Operasi pembenihan awan di Kedah dan Perlis berjaya, diteruskan di Perak hari ini
OPA memberi fokus kepada 11 empangan utama dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga negeri di utara membabitkan Perak, Kedah dan Perlis, serta satu kawasan di selatan Semenanjung iaitu Johor bermula 6 hingga 8 April. - Gambar fail/ Bern
Operasi pembenihan awan (OPA) dilaksanakan semalam dikategorikan sebagai berjaya apabila data daripada stesen cerapan dan sistem MyRAE MET Malaysia menunjukkan taburan hujan signifikan di dua negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata data di Perlis menunjukkan taburan hujan antara 10 milimeter (mm) hingga 45 mm dari 7 hingga 8 malam, manakala di Kedah mencatatkan antara 6 mm hingga 57.4 mm dari 7 hingga 10 malam.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa pelaksanaan OPA dalam kondisi atmosfera yang sesuai adalah sangat efektif dalam menangani isu kekurangan air di kawasan tadahan kritikal.
“Ia merupakan langkah intervensi bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan yang terjejas akibat cuaca kering dan kekurangan hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
OPA memberi fokus kepada 11 empangan utama dalam kategori waspada, amaran dan kritikal melibatkan tiga negeri di utara membabitkan Perak, Kedah dan Perlis, serta satu kawasan di selatan Semenanjung iaitu Johor bermula 6 hingga 8 April.
Ahmad Zahid berkata OPA akan diteruskan hari ini dengan menyasarkan kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Bukit Merah di Perak.
Mengenai OPA semalam yang menyasarkan kawasan tadahan Empangan Muda, Pedu dan Ahning di Kedah dan Empangan Timah Tasoh di Perlis, beliau berkata teknik digunakan adalah semburan larutan garam ke dalam formasi awan kumulus menara dengan menggunakan pesawat C130-Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Semasa operasi dijalankan, analisis meteorologi menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara yang sangat aktif di zon sasaran.
“Faktor keberkesanan operasi turut disokong oleh kandungan kelembapan atmosfera tinggi serta keadaan atmosfera tidak stabil, yang secara teknikalnya memacu pertumbuhan awan hujan dengan lebih cekap setelah proses pembenihan dilakukan,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam pada itu berkata usaha bersepadu seperti itu membuktikan bahawa kesiapsiagaan, tindakan berasaskan sains dan ikhtiar berterusan mampu menjadi benteng utama dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan ketidaktentuan cuaca.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan proaktif sebegini demi menjamin keselamatan bekalan air, kesejahteraan rakyat dan kelangsungan sektor pertanian negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#pembenihan awan
#Kedah
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan