awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika sekali lagi ingin haramkan TikTok jika tidak dijual Bytedance

Amanz
Amanz
07/03/2024
01:30 MYT
Amerika sekali lagi ingin haramkan TikTok jika tidak dijual Bytedance
TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada waktu ini.
KONGRES Amerika Syarikat pada Rabu mengumumkan akan memperkenalkan rang undang-undang (RUU) yang akan mengharamkan TikTok daripada beroperasi di Amerika sekiranya ia tidak dijual oleh Bytedance.
Ini ialah langkah yang sama diambil pentadbiran Donald Trump dan kini akan diteruskan juga di bawah pentadbiran Joe Biden yang membiarkan arahan asal luput beberapa tahun lalu.
RUU yang akan dibentangkan pada Khamis memberikan Bytedance tempoh 165 hari untuk menjual perniagaan TikTok mereka di Amerika Syarikat.
Selepas tempoh tersebut, stor aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store boleh didenda sekiranya terus membenarkan aplikasi dimuat di Amerika Syarikat.
Ini adalah RUU yang cuba dikuatkuasakan oleh Montana tahun lalu tetapi ditolak mahkamah kerana melanggar hak bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.
TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada waktu ini.
Seperti yang dilakukan Trump, kongres menggunakan alasan TikTok mendatangkan risiko kepada keselamatan negara kerana didakwa bersekongkol dengan Parti Komunis China (CCP).
Langkah yang dilakukan ini agak mengejut kerana Biden baru sahaja membuka akaun TikTok rasmi beliau beberapa minggu yang lalu.
TikTok telahpun mengeluarkan kenyataan mengatakan RUU baharu ini jika diluluskan melanggar perlembagaan negara dan akan merugikan jutaan perniagaan kecil yang menjana pendapatan menerusi platform mereka.
Our statement on the latest TikTok legislation: This bill is an outright ban of TikTok, no matter how much the authors try to disguise it. This legislation will trample the First Amendment rights of 170 million Americans and deprive 5 million small businesses of a platform they
— TikTok Policy (@TikTokPolicy) March 5, 2024
Topic Berkaitan
#TikTok
#Rang Undang-Undang
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan