Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Februari 2026.
Keputusan muktamad itu ditentukan secara sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini selepas membenarkan rayuan akhir pendakwaan.
2. EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
Cadangan ini bertujuan untuk menjadikan orang awam sebagai "mata dan telinga" kepada pihak berkuasa dalam merekod serta melaporkan kesalahan jalan raya yang berlaku.
Pendirian itu dizahirkan baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit baginda, hari ini, berhubung isu projek penternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor.
Sultan Sharafuddin bertitah, pendirian tegas Kerajaan Persekutuan itu selari dengan prinsip yang sentiasa ditekankan oleh baginda, iaitu memastikan setiap pembangunan dilaksanakan mengikut undang-undang.
5. Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
5. Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Dalam satu kenyataan, SPRM menjelaskan pengisytiharan harta tersebut dibuat melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
6. Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
6. Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak pada setiap masa menyedari keadaan akaun peribadi AmBank miliknya dan secara aktif menggunakan akaun berkenaan bagi tujuan pengeluaran cek.
Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan tindakan agensi itu menahan atau menyiasat individu termasuk tokoh agama berhubung dakwaan salah guna kuasa atau rasuah.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bertambah baik, daripada tempat ke-57 pada 2024 ke tempat ke-54 tahun lepas, yang mencerminkan kemajuan berterusan dalam tadbir urus dan usaha membanteras rasuah.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencari kaedah bagi memastikan harga barangan dan makanan di lapangan terbang kendaliannya dapat ditawarkan pada kadar berpatutan.
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina dilaksanakan bermula 13 Feb ini, melibatkan 16 jenis barangan harga terkawal sepanjang tempoh sembilan hari hingga 21 Feb.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


