awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian

Bernama
Bernama
05/04/2026
16:53 MYT
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Langkah itu dibuat di tengah-tengah lonjakan kes demam campak dan kematian berkaitan penyakit berkenaan sejak kebelakangan ini. - Foto AP
Kerajaan Bangladesh melancarkan kempen vaksinasi kecemasan demam campak-rubela pada Ahad yang menyasarkan lebih 1.3 juta kanak-kanak di kawasan dengan kadar jangkitan tinggi ketika jumlah kematian akibat kes disyaki terus meningkat, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga Bangladesh Sardar Md Sakhawat Hossain merasmikan kempen itu di sebuah kompleks kesihatan berhampiran ibu negara Dhaka pada pagi Ahad.
Menurut menteri itu, kempen berkenaan melibatkan kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lima tahun di 18 daerah di negara itu yang mencatatkan kadar jangkitan agak tinggi.
Beliau turut mengumumkan bahawa kempen vaksinasi demam campak-rubela di seluruh negara akan bermula pada 3 Mei ini, meliputi semua daerah lain di seluruh Bangladesh.
Hossain berkata kempen kecemasan itu dilancarkan atas syor pakar bagi membendung penularan penyakit dengan segera serta melindungi kanak-kanak yang berisiko.
Langkah itu dibuat di tengah-tengah lonjakan kes demam campak dan kematian berkaitan penyakit berkenaan sejak kebelakangan ini.
Menurut Direktorat Am Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), empat lagi kematian akibat kes disyaki demam campak direkodkan dalam tempoh 24 jam hingga pukul 8 pagi Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 98 kes.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#vaksinasi
#demam campak
#Kanak-kanak
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan