awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026

Astro AWANI
Astro AWANI
14/04/2026
14:13 MYT
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
IMF juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia pada 4.3 peratus bagi 2027. - Gambar fail/Bernama
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) April 2026 yang dikeluarkan hari ini, IMF juga mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia pada 4.3 peratus bagi 2027.

Pada 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.2 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Menerusi WEO Januari 2026 “Global Economy: Steady amid Divergent Forces”, IMF menjangkakan KDNK Malaysia bagi 2026 adalah sebanyak 4.3 peratus.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara empat hingga lima peratus tahun ini, dengan daya tahan domestik negara serta struktur eksport yang pelbagai terus menjadi penampan dalam menghadapi cabaran luaran semasa, terutama akibat konflik di Asia Barat.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#IMF
#Tinjauan Ekonomi Dunia
#Malaysia
#KDNK
#BNM
#permintaan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan