awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan

Dagang News
Dagang News
10/08/2021
05:07 MYT
Anak syarikat DNeX raih kontrak RM88 juta dari Kementerian Kewangan
DNeX terus mencari peluang untuk membantu pelanggan, sama ada di sektor awam atau swasta, meningkatkan kecekapan operasi serta meningkatkan pengalaman pelanggan dengan memperkukuhkan pencapaian digitalnya. - Gambar fail
ANAK syarikat tidak langsung Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Innovation Associates Consulting Sdn Bhd (iAC) telah mendapat kontrak berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Kementerian Kewangan (MoF) bernilai RM88 juta bagi tempoh 45 bulan.
iAC dimiliki 60 peratus melalui Genaxis Group Sdn Bhd yang 51% dimiliki Dagang Net Technologies Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh DNeX.
Dalam satu kenyataan, DNeX berkata, di bawah kontrak itu iAC akan bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan, perkhidmatan sokongan dan penambahbaikan aplikasi sistem bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (IGFMAS).
Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sebagai penyedia penyelesaian digital, DNeX terus mencari peluang untuk membantu pelanggan, sama ada di sektor awam atau swasta, meningkatkan kecekapan operasi serta meningkatkan pengalaman pelanggan dengan memperkukuhkan pencapaian digitalnya.
"Kami akan bersama-sama pelanggan dalam perjalanan transformasi digital mereka untuk memberikan impak terbesar bagi operasi dan perniagaan mereka," katanya, lapor Bernama.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, DNeX berkata kontrak selama 45 bulan itu akan bermula dari 10 Ogos, 2021 hingga 9 Mei, 2025. Kontrak itu dijangka dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham syarikat itu untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2022, katanya.
Disokong oleh lebih daripada 200 perunding berpengalaman, iAC telah menyelesaikan lebih daripada 100 projek di sektor awam dan swasta. - DagangNews.com
Artikel asal disiarkan di sini.
Layari berita Dagang News terus di DagangNews.com dan juga Twitter, Facebook dan Instagram.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Dagang Nexchange Bhd
#DNeX
#ICT
#Genaxis Group Sdn Bhd
#Dagang Net Technologies Sdn Bhd
#Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan