awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pemimpin Hezbollah gesa Lubnan batalkan mesyuarat dengan Israel
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta ke negara jiran di Batu Layar

Bernama
Bernama
13/04/2026
03:31 MYT
APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM1 juta ke negara jiran di Batu Layar
Dadah itu berjaya dirampas selepas bot ronda yang menerima maklumat risikan mengesan sebuah bot gentian kaca dinaiki dua individu. - Gambar hiasan/APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili mengagalkan cubaan menyeludup keluar 20 kilogram (kg) syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar, di perairan Johor Timur, di sini, pada 8 April lepas.
Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata dadah itu berjaya dirampas selepas bot ronda yang menerima maklumat risikan mengesan sebuah bot gentian kaca dinaiki dua individu dalam kejadian pada 9.40 malam.
"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot tersebut dilihat berpatah balik dan memecut laju ke arah pantai bagi mengelak daripada ditahan," katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini, hari ini.
Beliau berkata aksi mengejar berlaku hampir 10 minit sebelum kedua individu itu bertindak terjun ke laut kira-kira 700 meter dari pantai dan melarikan diri ke arah pantai berkenaan.
Mohd Najib berkata pihaknya sedang mengesan dua individu berkenaan, sekali gus tidak menolak kemungkinan dadah itu cuba dihantar kepada penyeludup lain di tengah laut.
Ini, katanya, berikutan lokasi dari pantai ke negara jiran berdekatan adalah jauh iaitu sekitar 30 hingga 40 batu dengan kekuatan enjin yang digunakan adalah rendah iaitu 85 kuasa kuda.
Beliau berkata kesemua bahan terlarang itu diletakkan di dalam sebuah beg di dalam bot berkenaan dan pihaknya turut merampas bot beserta enjin bernilai RM40,000 itu.
Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Dadah
#rampas
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan