awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple bakal dedah iWatch pada 9 September

AFP
AFP
28/08/2014
04:05 MYT
Apple bakal dedah iWatch pada 9 September
Apple Inc diberita bakal mendedahkan produk terbarunya yang dikenali sebagai iWatch.
Apple Inc, dalam usahanya meneroka teknologi perkomputeran boleh pakai, diberita bakal mendedahkan produk terbarunya yang dikenali sebagai `iWatch’.
Gergasi teknologi dari California ini dijangka menggabungkan gaya dan inovasi bersama sensor dan kuasa perkomputeran pada peranti dipakai di pergelangan tangan yang dipautkan kepada iPhone atau iPad secara wayarles.
Apple dipercayai bakal merancang sebuah sidang khas pada 9 September ini di mana ia akan memperkenalkan produk terbaru iWatch serta telefon pintar generasi baru iPhone 6 dengan ciri skrin lebih besar.
Apple juga dilapor sedang memperkemas sistem operasi baharunya yang membolehkan pembayaran melalui peranti mudah alih termasuk sebuah platform kesihatan yang sepadan dengan kemampuan iWatch daripada segi aktiviti penjejakan, tidur, nadi dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#iWatch
#peranti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan