awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset Tabung Haji perlu diuruskan dengan berhemah dan telus

Bernama
Bernama
22/06/2020
08:00 MYT
Aset Tabung Haji perlu diuruskan dengan berhemah dan telus
Kerajaan akan memastikan aset dalam dana Haji Malaysia itu akan diuruskan dengan berhemah, tanpa menyebabkan sebarang kerugian pada masa hadapan kepada penyimpan.
Aset strategik Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diuruskan dengan cekap, berhemah dan telus bagi menjadi pengurus dana yang boleh diharapkan dan memulihkan kepercayaan orang ramai.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, tidak sepatutnya ada penyelewengan dalam pengurusan dana kerana ia melibatkan simpanan orang ramai.
"Kami telah menganalisa dan menilai rungutan orang ramai berkaitan penyelewengan dalam pengurusan aset... saya sendiri telah periksa beberapa dokumen penting dalam penjualan aset strategik TH seperti didakwa.
"Saya telah memaklumkan kepada pengurusan TH untuk lebih berhati-hati dalam pengurusan dana dan aset dan melaporkan kepada pejabat Menteri atau Timbalan Menteri dalam apa-apa perkara berkaitan dengan penjualan aset.
"Kami faham akan kegusaran dan rungutan orang ramai mengenai isu berbangkit... sebarang rungutan dengan bukti dan berasas akan diambil tindakan sewajarnya. Pentingnya, aset Tabung Haji adalah aset orang ramai, aset komuniti Islam, dan ia perlu diuruskan dengan telus," katanya.
Beliau berkata, kerajaan akan memastikan aset dalam dana Haji Malaysia itu akan diuruskan dengan berhemah, tanpa menyebabkan sebarang kerugian pada masa hadapan kepada penyimpan.
Ahmad Marzuk berkata, satu arahan telah dikeluarkan kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan pemegang taruh dan mereka yang telah melaporkan (dalam mana-mana platform) mengenai penyelewengan dalam pengurusan pengurusan aset TH.
"Pertemuan itu bagi membincangkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam pengurusan aset seperti didakwa ... jika terdapat sebarang elemen salah laku dalam pengurusan aset yang telah menyebabkan kerugian kepada penyimpan... kami akan lakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan cekap," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana
#Islam
#kerajaan
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Tabung Haji
#Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan