awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Pembangunan sedia sahut mandat kerajaan, tawar 5 skim pembiayaan

Dagang News
Dagang News
08/09/2021
06:55 MYT
Bank Pembangunan sedia sahut mandat kerajaan, tawar 5 skim pembiayaan
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail. - Foto Dagang News
Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bersedia menyahut mandat kerajaan untuk memberi sokongan penuh kepada negara dalam usaha pemulihan ekonomi dengan fokus utama terhadap membangunkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.
Langkah itu dilihat sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia yang bergerak seiring dengan strategi pemulihan ekonomi Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata, pihaknya juga menggesa semua pemain industri supaya memainkan peranan aktif membantu masyarakat dalam mengharungi tempoh mencabar ini.
Katanya, sebagai salah satu Institusi Kewangan Pembangunan (DFI), BPMB amat memahami kesan pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh rakyat dan telah menjejaskan semua pihak sama ada individu mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Beliau berkata, DFI perlu memberi sokongan segera kepada perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro sebagai langkah menyokong usaha pemulihan ekonomi negara.
Dalam hal ini, Arshad berkata, bagi menyokong hasrat tersebut, BPMB ketika ini menawarkan 5 skim pembiayaan berjumlah RM5.6 bilion, sebagai tambahan kepada kemudahan perbankan korporat bank.
Skim ini ditawarkan pada kadar pembiayaan pilihan dan menyasarkan sektor strategik utama iaitu pendigitalan, kelestarian, maritim dan logistik, pelancongan dan pengangkutan awam.
Menurut beliau, BPMB akan terus memainkan peranan utama pada masa depan bagi menyokong pemulihan ekonomi Malaysia dengan menyelaraskan strategi bank dan inisiatif kerajaan terhadap kelestarian, pendigitalan dan keterangkuman
"Sehubungan itu, selaras dengan mandat pembangunan yang diberikan, kami kekal komited melakukan yang terbaik bagi menyokong pemulihan ekonomi.
"Dengan menyokong usaha kerajaan ini, kami tetap teguh untuk membantu mempercepatkan perjalanan Malaysia menuju pemulihan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyarankan supaya DFI merangka penyelesaian yang praktikal buat sektor perniagaan untuk membolehkan mereka kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin.
Artikel asal diterbitkan di portal Dagang News pada 8 Sept, 2021.
Topic Berkaitan
#Bank Pembangunan Malaysia Berhad
#Arshad Mohamed Ismail
#perusahaan kecil dan sederhana
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan