awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayu Air buka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
16/02/2016
07:02 MYT
Bayu Air buka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan
Perancangan fasa pertama laluan utama adalah ke Jeddah dan Madinah untuk destinasi umrah dan laluan pelancongan ke China.
Operasi Syarikat Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd (Bayu Air) bakal membuka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan yang kehilangan punca selepas isu ekonomi semasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Air, Mohd Saifulrizal Raffien berkata, pihaknya mensasarkan lebih 100 anak kapal bekas syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selain 25 juruterbang syarikat sama untuk berkhidmat bersama mereka.
BACA: Nasib pekerja MAS diketahui hari ini
"Kebanyakan pekerja MAS sudah biasa dengan pesawat 777 berkenaan, jadi kami menunggu waktu sesuai untuk panggil semua bekas pekerja MAS yang masih boleh bertugas untuk bersama Bayu Air.
"Permulaan operasi Bayu Air akan menggunakan tiga buah kapal terbang Boeing 777-200 yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya semasa ucap utama pada majlis pra-pelancaran Bayu Air di sini hari ini.
Bayu Air yang ditubuhkan dua tahun lalu merupakan syarikat milik penuh Bumiputera dan mula mengorak langkah dalam perancangan untuk menjadi syarikat penerbangan sewa khas sejak November 2014.
Katanya, perancangan fasa pertama laluan utama adalah ke Jeddah dan Madinah untuk destinasi umrah dan laluan pelancongan ke China.
"Fasa kedua pula akan menyusul selepas beberapa tahun beroperasi dan menjangka pilihan laluan Bayu Air akan datang ke negara-negara Eropah," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Bayu Air
#Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd
#bekas pekerja syarikat penerbangan
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan