Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan

Inisiatif di bawah Projek Army Rapid Implementation of Artificial Intelligence (ARIA) itu bertujuan menyediakan pembantu digital yang mampu memproses maklumat sulit serta menyampaikan data kritikal misi secara masa nyata, khususnya dalam persekitaran oper
Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) dilapor sedang membangunkan sistem bot sembang kecerdasan buatan (AI) tersendiri bagi membantu anggota membuat keputusan semasa operasi ketenteraan.
Inisiatif di bawah Projek Army Rapid Implementation of Artificial Intelligence (ARIA) itu bertujuan menyediakan pembantu digital yang mampu memproses maklumat sulit serta menyampaikan data kritikal misi secara masa nyata, khususnya dalam persekitaran operasi berisiko tinggi.
Sistem yang dikenali sebagai CamoGPT dibangunkan oleh Pusat Integrasi Kecerdasan Buatan Tentera Darat (AI2C), dengan tumpuan memastikan maklumat taktikal dapat diakses dengan pantas tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada pemantauan manusia.
Berbeza dengan model bahasa besar (LLM) komersial, bot sembang ketenteraan itu direka untuk beroperasi dalam persekitaran yang mempunyai capaian rangkaian terhad atau terputus, sekali gus sesuai digunakan di medan operasi.
Selain menyokong analisis situasi dan perancangan misi, teknologi berkenaan turut digunakan untuk mensimulasikan senario operasi serta membantu pengurusan logistik, dengan matlamat mengurangkan beban kognitif anggota di lapangan.
Pihak tentera menegaskan pembangunan sistem AI itu dilaksanakan di bawah kawalan ketat bagi memastikan pematuhan terhadap etika peperangan serta protokol keselamatan antarabangsa, dengan keputusan akhir tetap berada di tangan manusia.
Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha modenisasi Tentera Darat AS untuk mengekalkan kelebihan teknologi dalam menghadapi bentuk peperangan moden yang semakin kompleks.
Setakat ini, beberapa fasa ujian dilaporkan telah dijalankan bagi menilai keberkesanan sistem berkenaan sebelum sebarang penggunaan secara lebih meluas dipertimbangkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
