awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara

Bernama
Bernama
18/10/2024
20:45 MYT
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Mohd Rosli berkata, peruntukan tersebut akan menambah keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail/Maritim Malaysia
KUALA LUMPUR: Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya berikutan kekangan aset yang dihadapi agensi itu ketika ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pengumuman itu juga menandakan komitmen berterusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberikan justifikasi kukuh tentang keperluan mendesak APMM dalam menjaga keselamatan perairan negara khususnya di Laut China Selatan.
"Penambahan aset ini adalah tepat pada masanya kerana APMM kini berhadapan kekangan keupayaan aset dalam menjaga keselamatan di Zon Maritim Malaysia terutamanya di kawasan sempadan perairan negara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Rosli berkata, peruntukan tersebut akan menambah keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat seiring dengan Nilai Teras Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan Sosial dan Keyakinan dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan susulan peruntukan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan penambahan tiga aset baharu iaitu sebuah kapal misi pelbagai guna dan dua kapal ronda generasi baharu serta menaik taraf enam kapal di bawah Ship Life Extension Programme (SLEP) Fasa 2. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#APMM
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2025
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan