awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Belanjawan untuk ‘rakyat biasa’ – Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/10/2025
06:23 MYT
Belanjawan 2026: Belanjawan untuk ‘rakyat biasa’ – Ismail Sabri
Kata Ismail Sabri, Belanjawan 2026 menunjukkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai positif, khususnya kerana ia dilihat memberi tumpuan besar kepada golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Ismail Sabri menyifatkan Belanjawan 2026 sebagai positif, kerana memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak.
  • Beliau memuji peruntukan besar untuk pembangunan asas, termasuk pembinaan semula sekolah daif dan penambahbaikan fasiliti kesihatan di kawasan pedalaman.
  • Belanjawan dilihat mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat biasa, dengan bajet RM6.9 bilion untuk Sabah dan RM6 bilion untuk Sarawak.

Beliau berkata, walaupun belum meneliti keseluruhan pembentangan, peruntukan besar yang diumumkan kerajaan menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Saya belum sempat baca secara teliti lagi, tapi saya lihat positif kerana fokus banyak untuk rakyat kurang berkemampuan dan luar bandar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) Kali Ke-4 di ibu negara, pada Sabtu.
Ismail Sabri turut memuji tumpuan kerajaan terhadap keperluan asas rakyat di kawasan pedalaman, termasuk pembinaan semula sekolah daif serta penambahbaikan fasiliti kesihatan di Sabah dan Sarawak.
“Kalau kita lihat bajet untuk Sabah, kalau tak salah saya, RM6.9 bilion, manakala RM6 bilion untuk Sarawak. Tumpuan saya lihat banyak diberi pada pembangunan luar bandar seperti hospital, klinik desa yang usang, sekolah daif yang masih banyak di Sabah dan Sarawak. Fokus lebih banyak pada rakyat biasa,” katanya lagi.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Belanjawan 2026
#untuk rakyat biasa
#bekas perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan