awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS bentuk kerangka ekonomi baharu, manfaatkan Malaysia

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/12/2021
15:44 MYT
AS bentuk kerangka ekonomi baharu, manfaatkan Malaysia
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony J. Blinken berkata, usaha itu akan turut mengutamakan beberapa perkara antaranya soal pembangunan ekonomi digital dan pembinaan infrastruktur mesra alam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat bakal merangka kerangka baharu ekonomi khususnya buat rantau Indo-Pasifik yang turut akan memanfaatkan Malaysia.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony J. Blinken berkata, usaha itu akan turut mengutamakan beberapa perkara antaranya soal pembangunan ekonomi digital dan pembinaan infrastruktur mesra alam.
“Kita akan laksana kerangan baharu ekonomi bagi rantau Indo-Pasifik di mana Malaysia saya percaya menerima manfaatnya serta pembangunan ekonomi digital.
“Selain itu, kita juga menumpukan pembangunan infrastruktur mesra alam dan menambah baik rantaian bekalan dan saya percaya dengan usaha ini ia mampu mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi negara terlibat,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI secara maya pada Rabu.
Mengulas mengenai situasi pandemik, Blinken menyatakan pembinaan system kesihatan global perlu diperkukuh sebagai persediaan menghadapi cabaran pandemik.
Ujarnya, matlamat itu boleh dicapai menerusi peningkatan pengeluaran vaksin yang lebih banyak termasuk melibatkan negara di Asia Tenggara.
Menurut Blinken, ini termasuk penyediaan sumber yang mencukupi bagi berdepan situasi semasa pandemik dan juga sebarang kemungkinan pada masa akan datang.
Blinken dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia sebagai sebahagian lawatan sulungnya ke tiga negara di rantau Asia Tenggara - Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Terdahulu, beliau tiba di negara ini pada malam Selasa di pangkalan udara TUDM, Subang.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Antony J Blinken
#kerangka baharu ekonomi
#ekonomi digital
#setiausaha negara Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan