awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu

Bernama
Bernama
01/01/2026
01:15 MYT
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Pada 5 petang, Berjaya Assets ditutup tidak berubah pada 30 sen, dengan 161,500 saham diniagakan serta permodalan pasaran sebanyak RM767.48 juta. - Foto Berjaya
KUALA LUMPUR: Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.
Firma tersebut melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata Tee Ming, yang memegang kepentingan tidak langsung sebanyak 1.09 juta saham biasa dalam Berjaya Assets, juga merupakan abang ipar kepada Pengarah Eksekutif syarikat itu, Chryseis Tan Sheik Ling.
Tee Ming memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Perniagaan dari King's College London dan telah memegang pelbagai jawatan di beberapa bank swasta di Malaysia dan Singapura, dengan pengalaman lebih 16 tahun dalam pengurusan kekayaan individu yang bernilai tinggi.
Katanya, Tee Ming dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan bahagian jualan dan pemasaran hartanah Berjaya Land Bhd pada 18 Mac 2017, dan kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Land pada 1 April 2022. Beliau meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Land menjelang 31 Dis 2025.
Pada 5 petang, Berjaya Assets ditutup tidak berubah pada 30 sen, dengan 161,500 saham diniagakan serta permodalan pasaran sebanyak RM767.48 juta.
Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Berjaya Corporation Bhd berkata Pengarah Eksekutifnya, Norlela Baharudin, 62 telah meletak jawatan semalam untuk mengejar kepentingan peribadinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tan Tee Ming
#Berjaya Assets
#Vincent Tan
#CEO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan