awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal

Astro Arena
Astro Arena
07/04/2026
00:43 MYT
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
Mikel Arteta. - Foto Astro ARENA
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta, menggesa anak buahnya menjadikan 'kesakitan' selepas kekalahan dalam misi merebut piala sebelum ini sebagai motivasi terbaik menjelang perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Sporting, awal pagi esok.
The Gunners akan berkunjung ke Lisbon selepas kekalahan berturut-turut pertama mereka musim ini iaitu apabila tumbang 0-2 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketika tewas dalam aksi suku Piala FA Inggeris (EFL) 1-2 ketika berdepan Southampton.
"Kami perlu memiliki perspektif bahawa betapa sukarnya apa yang kami sedang usahakan sehingga saat ini. Rasai kesakitan itu dan cuba memperbaiki lagi.
"Kami sangat jelas apa yang telah berlaku dan kenapa ia berlaku. Ini adalah bola sepak. Saya berasakan apa yang perlu dijelaskan adalah memahami mengapa ia berlaku. Dan selepas anda memahaminya, jadi lebih baik dan itu apa yang kami perlu lakukan." katanya.
Sementara itu, berita baik menyebelahi kem Arsenal selepas Gabriel Magalhaes, Declan Rice dan Leandro Trossard kembali dalam sesi latihan, namun terpaksa akur kehilangan khidmat Bukayo Saka, Eberechi Eze dan Jurrien Timber yang masih bergelut dengan kecederaan.
Arsenal akan berdepan Sporting dengan pasukan gergasi dari Portugal itu ketika ini memegang rekod tidak tewas di laman sendiri dalam saingan pentas Eropah musim ini.
🗣️ Mikel Arteta on the Southampton loss: “Feel that pain, feel that emotion, and use it to be better and improve. We didn’t deserve to lose that match, but this is football. Hungrier than ever, very excited, and very very motivated for tomorrow’s game.” ❌ pic.twitter.com/ZFgWraS4gN
— DailyAFC (@DailyAFC) April 6, 2026
Topic Berkaitan
#Mikel Arteta
#Arsenal
#UCL
#Sporting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan