awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman di Wall Street

Bernama
Bernama
11/10/2019
02:09 MYT
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman di Wall Street
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 166 berbanding 59, manakala 1,331 kaunter tidak berubah, 459 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi semalaman lebih baik di Wall Street.
Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.42 mata kepada 1,553.29 daripada 1,551.87 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras dibuka 0.91 mata lebih rendah pada 1,550.96.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 166 berbanding 59, manakala 1,331 kaunter tidak berubah, 459 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 556.07 juta saham bernilai RM314.63 juta.
Public Investment Bank Bhd berkata saham AS ditutup lebih tinggi pada Khamis memandangkan para pelabur mengambil pendirian optimis menjelang rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China yang akan disambung semula di Washington.
Antara saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.42, PBBank menokok empat sen kepada RM19.22, CIMB menambah satu sen kepada RM4.87, manakala Tenaga turun empat sen kepada RM13.62.
PChem dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM7.18 dan RM5.67.
Antara saham paling aktif, Sanichi, AirAsia X, Sime Darby, ARB Bhd dan Parlo Bhd masing-masing tidak berubah pada 29 sen, lima sen, 16 sen, RM2.28, 31 sen dan lapan sen.
Indeks FBM Emas naik 17.98 mata kepada 11,038.64, Indeks FBMT 100 meningkat 16.1 mata kepada 10,857.99 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 17.18 mata kepada 11,658.93.
FBM 70 menokok 45.85 mata kepada 13,844.28 dan FBM Ace menambah 6.17 mata kepada 4,589.3.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 26.27 mata kepada 14,986.87, Indeks Perladangan naik 1.81 mata kepada 6,544.86 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.22 mata kepada 149.53.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bursa Malaysia
#China
#Malaysia
#Maybank
#perdagangan
#rundingan
#syariah
#Wall Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan