awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Persiapan haji 1447H/2026M lancar, keselamatan jemaah terjamin
Azar Azmi menangis terima wang RM40,000 dari Aliff Syukri
Trump ulang kritikan terhadap Paus Leo berhubung nuklear Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump

Agensi
Agensi
15/04/2026
02:30 MYT
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Menurut Presiden Trump, konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kini “sangat hampir” untuk berakhir ketika ketegangan semakin reda susulan pelaksanaan gencatan senjata selama dua minggu.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kini “sangat hampir” untuk berakhir ketika ketegangan semakin reda susulan pelaksanaan gencatan senjata selama dua minggu.
Menurut Trump dalam temu bual bersama hos FOX Business, Maria Bartiromo, beliau melihat perang tersebut berada di ambang penamat.
“Saya fikir ia hampir berakhir. Ya, saya melihatnya sebagai sangat hampir untuk berakhir,” katanya dalam program “Mornings with Maria”, pada Rabu.
Kenyataan itu dibuat ketika rundingan damai antara pegawai Amerika Syarikat dan wakil Iran dijangka disambung semula pada Khamis, selepas rundingan hujung minggu lalu di Pakistan dilaporkan menemui jalan buntu.
Pada Isnin, Trump mengumumkan sekatan laut ke atas semua pelabuhan Iran, satu langkah yang dilihat meningkatkan lagi tekanan dalam konflik tersebut, walaupun Washington sebelum ini bersetuju menghentikan serangan pengeboman ke atas negara itu minggu lalu.
Namun, Trump menegaskan, operasi ketenteraan Amerika Syarikat masih belum selesai sepenuhnya.
“Jika saya berundur sekarang, mereka akan mengambil masa 20 tahun untuk membina semula negara itu. Dan kami belum selesai,” katanya, sambil menambah bahawa Iran dilihat bersungguh-sungguh mahu mencapai perjanjian.
Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance bersama pegawai kanan White House telah mengadakan rundingan dengan wakil Iran di Pakistan berhubung program nuklear Tehran dan pelan pengayaan uranium.
Walaupun rundingan tersebut tidak menghasilkan sebarang kejayaan besar, Vance berkata, “banyak kemajuan” telah dicapai dan keputusan seterusnya kini bergantung kepada Iran.
“Segalanya kini berada di tangan mereka. Apa yang berlaku seterusnya akan ditentukan oleh pihak Iran,” katanya.
Konflik ini bermula pada 28 Februari apabila Amerika Syarikat bersama Israel melancarkan serangan ke atas Iran, yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei.
Trump sebelum ini turut mendakwa keupayaan ketenteraan Iran telah “dihancurkan” menerusi siri serangan oleh tentera Amerika Syarikat.
Mengulas penglibatan Washington dalam konflik tersebut, Trump mempertahankan tindakannya dengan menyatakan ia perlu bagi melumpuhkan keupayaan nuklear Iran.
“Saya terpaksa bertindak kerana jika tidak, Iran kini sudah memiliki senjata nuklear,” katanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#perang AS-Iran
#perang hampir tamat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan