awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan

Bernama
Bernama
20/10/2023
02:30 MYT
Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata kepada 1,442.11 daripada 1,442.66. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal Jumaat ketika pelabur mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang ditutup lemah selain faktor konflik berterusan di Timur Tengah.
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.55 mata kepada 1,442.11 daripada 1,442.66.
Indeks tersebut dibuka naik 0.69 mata kepada 1,443.35.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 157 berbanding 106 manakala 223 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,871 tidak diniagakan dan sembilan digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 137.23 juta uniot bernilai RM50.78 juta.
Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terus susut berikutan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berkaitan kadar faedah, termasuk tindakan Pengerusi Jerome Powell semalam yang membayangkan lebih banyak kenaikan kadar faedah itu dalam keadaan ekonomi AS yang kukuh.
Di peringkat tempatan, FBM KLCI susut sedikit semalam apabila dagangan ditutup melepasi 1,440 walaupun dalam keadaan sentimen serantau yang suram.
"Kami menjangkakan kemelut mata wang global akan menjadi tumpuan dalam masa terdekat berikutan peningkatan hasil AS dan ketidaktentuan pasaran yang ketara.
"Oleh itu, kami percaya indeks itu berkemungkinan mengalami sedikit tekanan dan bergerak dalam jajaran 1,435 hingga 1,445," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, harga minyak mentah terus meningkat dengan minyak mentah Brent yang juga penanda aras global kini dalam aliran melebihi US$93 setong berikutan stok simpanan yang rendah serta konflik di Timur Tengah, katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals, CIMB dan Tenaga susut dua sen masing-masing kepada RM7.46, RM5.56 serta RM9.96 manakala Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.96, RM4.12 dan RM5.95.
Bagi saham aktif, Asdion, Systech dan Niche Capital masing-masing menokok satu sen kepada sembilan sen, 54 sen dan 14.5 sen manakala Auro Holdings naik setengah sen kepada 17 sen.
Di papan indeks pula, Indeks Indeks FBM Emas menambah 1.75 mata kepada 10,643.19 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 2.77 mata kepada 10,912.33.
Indeks FBMT 100 berkurangan 3.33 mata kepada 10,310.95, Indeks FBM 70 turun 1.86 mata kepada 14,013.64 manakala Indeks FBM ACE susut 7.61 mata kepada 5,098.29.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 174.83, Indeks Tenaga naik 6.74 mata kepada 881.43, Indeks Perladangan menokok 2.42 mata kepada 6,940.72 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 6.46 mata kepada 16,147.75.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Wall Street
#dagangan
#fbm klci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan