awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/04/2026
15:43 MYT
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata menerusi kerjasama semua pihak dan pendekatan menyeluruh, ekosistem yang lebih inklusif, adil serta mampan dapat dibina bagi memastikan wanita terus main peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Usaha memperkasa wanita perlu terus diperkukuh secara menyeluruh termasuk melalui akses kepada pembiayaan, latihan kemahiran platform digital dan peluang mengembangkan perniagaan bagi meningkatkan daya saing mereka.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu penting berikutan golongan berkenaan turut berdepan cabaran dalam ketidaktentuan global yang menjejaskan kos sara hidup dan ekonomi domestik.
“Petang tadi, saya merasmikan Forum Voices of HER yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu ruang wacana bermakna bagi membincangkan peranan wanita memperkukuh ekonomi negara. Peranan wanita dalam membina keluarga, memperkasa komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi amat besar.
“Namun, penyertaan sahaja tidak mencukupi. Wanita perlu diberi ruang untuk memiliki peluang, aset serta keupayaan dalam membuat keputusan agar mereka benar-benar berdaya dan mampu memimpin,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata menerusi kerjasama semua pihak dan pendekatan menyeluruh, ekosistem yang lebih inklusif, adil serta mampan dapat dibina bagi memastikan kaum hawa terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
“Insya-Allah, usaha ini akan terus diperkasa demi masa depan negara yang lebih kukuh dan sejahtera,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#Voices of HER
#wanita
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan