awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin

Bernama
Bernama
07/04/2026
05:45 MYT
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
Zainizan ketika dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Rembau. -Foto Sinar Harian
Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat dan toksikologi kes pembunuhan Suri Narudin.
Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas Timbalan Pendakwa Raya, Fidha Misjedi, memaklumkan laporan kedua-duanya masih belum diperoleh.
Terdahulu, tertuduh, Zainizan Zainal, 52, yang memakai baju berwarna putih, tiba di perkarangan mahkamah berkenaan kira-kira jam 8.10 pagi dengan menaiki van polis sebelum diiring masuk ke lokap mahkamah.
Zainizan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 26 Disember lalu atas pertuduhan membunuh Suri Narudin, 53.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh wanita itu di belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi di sini antara 7 Disember hingga 18 Disember lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, dilaporkan berkata mayat yang ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang rumah terbabit dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor sejak 8 Disember lalu.
Susulan itu, polis menahan dua lelaki berumur 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan sebelum mengesahkan identiti mayat wanita itu ialah Suri berdasarkan pemeriksaan dan perbandingan cap jari yang sepadan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Suri Narudin
#Mahkamah Majistret Tampin
#Seksyen 302
#bedah siasat
#Zainizan Zainal
#berita mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan