awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM

Dagang News
Dagang News
20/04/2022
23:30 MYT
Caely tidak terima arahan pembekuan akaun secara terus SPRM
Pihak pengurusan Caely masih menilai impak daripada perintah pembekuan akaun bank dan berusaha memastikan operasi harian tidak terjejas.- Dagang News
KUALA LUMPUR: Pengeluar pakaian dalam wanita, Caely Holdings Berhad menegaskan bahawa mereka tidak menerima surat rasmi mengenai arahan pembekuan semua akaun bank kumpulan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Caely dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, arahan pembekuan akaun itu hanya diketahui menerusi notis daripada CIMB Bank pada 13 April 2022.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Caely Lim Chee Pang berkata, pihaknya sudah bertemu dengan pihak berkuasa dan akan mencari jalan terbaik bagi memastikan akaun bank mereka dilepaskan daripada pembekuan bagi memastikan operasi perniagaan dapat diteruskan.
"Kami mengesahkan bahawa kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa dan bersedia memberikan apa sahaja kerjasama atau bantuan yang diperlukan bagi menyelesaikan perkara ini
"Kami perlu memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai cara perniagaan dijalankan dan lembaga pengarah sedang memantau perkara itu serta bekerjasama bersama pengurusan bagi memastikan akaun itu tidak dibekukan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Isnin lalu, Caely mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah pembekuan untuk membekukan operasi semua akaun bank Caely Group of Companies.
Chee Pang berkata, pihak pengurusan masih menilai impak daripada perintah pembekuan akaun bank dan berusaha memastikan operasi harian tidak terjejas.
"Buat masa sekarang pembekuan akaun itu memberi kesukaran kepada kakitangan Caely serta pembekal dan vendor," katanya.
Caely bermula dengan perniagaan jualan langsung pakaian dalam wanita secara berskala kecil sebelum disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan mempunyai kilang dan bangunan sendiri terletak di Teluk Intan, Perak.
Destinasi eksport utama Caely untuk produk pakaian dalam di bawah pengeluar barangan tulen (OEM) ketika ini ialah Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada, namun, baru-baru ini pihaknya mula mendapat lebih banyak pertanyaan daripada syarikat di Turki, Perancis dan Australia.
Caely, yang ditubuhkan pada 1986 turut memperuntukkan RM5 juta sebagai modal kerja pada Oktober 2021 untuk mempelbagaikan produk termasuk pengeluaran pelitup muka fabrik. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Caely Holdings Berhad
#SPRM
#perintah pembekuan
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan