awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cagamas teroka pasaran sukuk antarabangsa

Bernama
Bernama
25/09/2015
00:30 MYT
Cagamas teroka pasaran sukuk antarabangsa
Prinsip-prinsip Islam yang digunakan bagi sukuk itu adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Wakala, struktur yang diterima dengan meluas dalam kalangan pelabur sukuk antarabangsa. - Gambar Fail
Perbadanan gadai janji Nasional, Cagamas Bhd, memasuki pasaran sukuk antarabangsa dengan terbitan Nota Jangka Sederhana Boleh Tukar (EMTN) Sukuk dalam denominasi dolar Singapura di bawah Program Sukuk Pelbagai mata wang Cagamas bernilai US$2.5 bilion.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata sukuk setahun bernilai S$162.75 juta itu diterbitkan menerusi unit milik sendirinya, Cagamas Global Sukuk Bhd, dan akan dijamin sepenuhnya tanpa syarat oleh Cagamas.
"Sebagai penerbit yang kerap membuat terbitan, Cagamas terus memantau kos pembiayaan perbandingan dan kelebihan pengagihan dalam pasaran antarabangsa berbanding terbitan bon tempatan kita.
"Terbitan EMTN konvensional sulung syarikat dalam pasaran bon dolar Singapura pada Julai 2015 telah menjana banyak minat daripada sejumlah besar pelabur yang membawa kepada permeteraian perjanjian," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chung Chee Leong.
Beliau berkata prinsip-prinsip Islam yang digunakan bagi sukuk itu adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Wakala, struktur yang diterima dengan meluas dalam kalangan pelabur sukuk antarabangsa.
"Kami menyedari persekitaran pasaran yang semakin mencabar dan dengan ini syarikat akan terus menilai dinamik pasaran dan mengenal pasti perubahan dalam trend menerusi penglibatan proaktif dengan pelabur dan peserta pasaran," katanya.
Topic Berkaitan
#Cagamas Bhd
#Cagamas Global Sukuk Bhd
#Nota Jangka Sederhana Boleh Tukar Sukuk
#Sukuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan