awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cahya Mata Sarawak saham paling untung sebelah pagi

Bernama
Bernama
15/04/2014
04:48 MYT
Cahya Mata Sarawak saham paling untung sebelah pagi
Cahya Mata Sarawak Bhd mengetuai senarai saham paling untung pada sesi dagangan pagi hari ini selepas syarikat itu memperoleh kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk cadangan pecahan saham dan terbitan bonus.
Pada 11.58 pagi, saham Cahya Mata Sarawak meningkat 50 sen atau 5.43 peratus, kepada RM9.70, dengan 588,900 saham bertukar tangan.
Semalam, syarikat dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, mengumumkan bahawa ia sudah memperoleh surat kelulusan daripada Bursa Malaysia, bertarikh 11 April bagi cadangan pecahan saham dan terbitan bonus.
Pada 31 Mac lepas, syarikat itu memaklumkan Bursa Malaysia mengenai cadangan pecahan dua untuk satu saham dan terbitan satu untuk dua saham bonus berasaskan jumlah saham pasca pecahan.
Menurut Maybank KE Research, proses itu dijangka meningkatkan saham Cahya Mata Sarawak sebanyak tiga kali kepada satu bilion berbanding 340 juta pada masa ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Cahya Mata Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan