awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2

Astro AWANI
Astro AWANI
07/04/2026
03:50 MYT
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Langkah itu diambil susulan tamatnya tempoh sokongan Windows 11 versi 24H2 pada 13 Oktober 2026 bagi edisi Home dan Pro, sekali gus mewajibkan peralihan kepada versi yang masih disokong. -Foto Amanz
Microsoft dilapor telah memulakan proses menaik taraf Windows 11 versi 24H2 kepada versi terbaharu, 25H2, secara automatik bagi memastikan pengguna terus menerima kemas kini keselamatan dan fungsi terkini.
Langkah itu diambil susulan tamatnya tempoh sokongan Windows 11 versi 24H2 pada 13 Oktober 2026 bagi edisi Home dan Pro, sekali gus mewajibkan peralihan kepada versi yang masih disokong.
Menurut laporan media teknologi Amanz, Microsoft akan melaksanakan kemas kini wajib tersebut melalui sistem pengedaran pintar berasaskan pembelajaran mesin (machine learning) yang menilai kesiapsiagaan peranti sebelum proses muat turun dan pemasangan dilakukan.
Pendekatan itu bertujuan mengurangkan risiko masalah teknikal, termasuk isu keserasian aplikasi dan pemacu peranti, yang sering dikaitkan dengan kemas kini sistem operasi berskala besar.
Meskipun pengguna dibenar menunda pemasangan untuk tempoh tertentu, sistem tersebut tetap akan dipasang secara automatik selepas had penangguhan berakhir bagi mengelakkan peranti terdedah kepada risiko keselamatan.
Penggunaan AI dalam proses kemas kini itu menandakan peralihan Microsoft ke arah pengurusan sistem yang lebih autonomi tanpa pengawasan manusia secara langsung bagi setiap kitaran.
Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna berikutan beberapa isu teknikal yang sering melanda kemas kini Windows 11 sebelum ini.
Windows 11 versi 25H2 merupakan kemas kini besar yang menawarkan kestabilan lebih baik dan sokongan teknologi baharu seperti Wi-Fi 7.
Topic Berkaitan
#Windows 11
#Windows 11 25H2
#Windows 11 24H2
#kemas kini Windows
#Microsoft
#keselamatan siber
#teknologi perisian
#sistem operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan