awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: BSN tawar 6 bulan moratorium untuk bayaran pinjaman

Kenyataan Media
Kenyataan Media
18/03/2020
11:18 MYT
COVID-19: BSN tawar 6 bulan moratorium untuk bayaran pinjaman
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 untuk keterangan lanjut.
Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan bahawa pelanggan-pelanggannya boleh memohon untuk penangguhan sementara pembayaran pinjaman yang terjejas berikutan penularan wabak novel koronavirus (COVID-19).
“BSN komited untuk terus membantu para pelanggan kami terutamanya dalam saat-saat seperti ini. Atas dasar itu, kami menawarkan moratorium sehingga enam (6) bulan untuk bayaran ansuran bulanan berkuat kuasa hari ini ke atas semua pembiayaan pelanggan kami yang terjejas akibat pandemik ini,” kata Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.
“Kepada pelanggan-pelanggan kami terutamanya yang diwajibkan bercuti tanpa gaji, mereka yang melakukan perjalanan harian untuk bekerja ke Singapura atau Thailand serta pelanggan-pelanggan mikro BSN yang terjejas agar menghubungi BSN bagi memohon penangguhan sementara pembayaran ini. Sebagai sebuah bank yang prihatin, BSN sentiasa memastikan keperluan pelanggannya diutamakan,” tambah beliau lagi.
BACA: Maybank tawar moratorium kepada pelanggan yang terjejas kerana COVID-19
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 untuk keterangan lanjut.
Februari lalu, BSN telah mengumumkan penawarkan penangguhan sementara pembiayaan pelanggannya yang mungkin terjejas kerana tidak dapat berurusan dengan pembekal tertentu akibat penularan wabak ini di negara-negara yang berisiko.
Topic Berkaitan
#bank
#BSN
#coronavirus
#COVID-19
#koronavirus
#Moratorium
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan