awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faktor luaran terus dorong ringgit lebih tinggi

Bernama
Bernama
01/12/2022
12:46 MYT
Faktor luaran terus dorong ringgit lebih tinggi
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4030/4100 berbanding dolar AS 4.4420/4500 ketika ditutup semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Faktor luaran terus mendorong ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bagi Disember, kata seorang peniaga.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4030/4100 berbanding dolar AS 4.4420/4500 ketika ditutup semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi isyarat bahawa kenaikan kadar Fed boleh diperlahankan seawalnya bulan depan, serta jangkaan China akan membuka semula ekonominya tidak lama lagi menyokong momentum menaik ringgit.
"Pasaran mungkin berubah sedikit defensif menjelang data Gaji Bukan Ladang AS yang akan dikeluarkan esok, tetapi saya fikir ringgit akan terus berada dalam aliran yang positif selagi pembukaan semula China kekal di landasan yang betul," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.5976/6049 daripada 4.6010/6098 ketika ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2420/2474 daripada 3.2487/2551 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia turun berbanding pound Britain kepada 5.3501/3586 daripada 5.3366/3467 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2282/2336 daripada 3.2007/2067 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#nilai ringgit terkini
#dolar AS
#Disember
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan