awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV lantik Khairil Anuar Aziz pegawai yang bertanggungjawab

Bernama
Bernama
20/07/2017
13:40 MYT
FGV lantik Khairil Anuar Aziz pegawai yang bertanggungjawab
Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Logistik. - Bernama
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik DatukKhairil Anuar Aziz sebagai Pegawai yang Bertanggungjawab untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut mengumumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan dibubarkan berkuat kuasa serta-merta mulai hari ini.
Khairil Anuar, yang dilahirkan dan dibesarkan di Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak, ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Logistik.
Beliau menyertai kumpulan tersebut sejak 2012.
"Beliau adalah generasi kedua peneroka Felda," kata syarikat tersebut.
Sementara itu dalam satu kenyataan lain, FGV mengumumkan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd telah membeli 400,000 saham FGV pada 17 Julai 2017.
Dengan pembelian itu, koperasi tersebut memiliki 204.56 juta saham yang bersamaan dengan 5.61 peratus kepentingan ekuiti FGV.
Dalam kenyataan berasingan hari ini, FGV berkata, Khairil Anuar akan menjalankan kerja dan tanggungjawab Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif secara sementara, berkuat kuasa hari ini semasa tempoh interim.
"Jawatankuasa Eksekutif Lembaga (BEC) dibubarkan berkuat kuasa serta merta.
"Lembaga Pengarah FGV mengucapkan terima kasih kepada anggota BEC, terdiri daripada Datuk Omar Salim, Datuk Zafer Hashim dan Azman Ahmad atas sumbangan mereka sejak 6 Jun, 2017," menurut kenyataan itu.
Khairil Anuar, yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Coventry University, United Kingdom, ketika ini merupakan pengarah di Pelaburan MARA Bhd; Sinergi Perdana Sdn. Bhd ( sebuah konsortium ditubuhkan oleh Felda, Risda dan Felcra di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perdana Menteri) dan Lembaga Pelabuhan Kuantan Bhd.
Sebelum menyertai FGV, Khairil Anuar memperoleh pengalaman luas dalam logistik dan pengedaran, teknologi maklumat, pengurusan projek, jualan dan pemasaran serta pembangunan perniagaan, kebanyakannya bagi pengurusan kanan.
Beliau berkhidmat di Renong Bhd Group dan beberapa jawatan lain di UEM Group Bhd, Cement Industries of Malaysia Bhd dan Time Engineering Bhd.
Khairil Anuar pernah dilantik sebagai Pengerusi Kluster syarikat berkaitan kerajaan dan anggota panel Gabungan Pemikir Profesional Felda sejak 2009.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Felda
#FGV
#khairil anuar aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan