awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitch kekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil

Bernama
Bernama
18/12/2015
04:39 MYT
Fitch kekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil
Fitch Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil. -Gambar fail
Fitch Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Bersekutu, Penarafan Negara Fitch Ratings Sagarika Chandra, berkata kedudukan kecairan luar Malaysia merosot disebabkan pengaliran keluar modal besar serta kerugian rizab tukaran asing.
Namun, katanya kecairan luar (seperti yang diukur oleh metrik Fitch yang lebih luas) masih kekal melepasi ‘A’.
Sagarika berkata berdasarkan kedudukan besar pegangan bukan penduduk yang memiliki Sekuriti Kerajaan Malaysia, Malaysia masih terdedah kepada peralihan dari segi sentimen pelabur, susulan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan US (Fed).
Fed pada Rabu, menaikkan kadar faedah, buat kali pertama selepas hampir sedekad, sebanyak 0.25 mata peratus.
Bagaimanapun katanya kadar tukaran yang fleksibel dan aset luar kasar yang besar, akan terus menampung pendedahan Malaysia kepada kedudukan itu.
Sagarika juga berkata keupayaan agensi domestik seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, menyediakan dana, andai berlaku jualan besar-besaran oleh bukan pendduuk, dijangkakan akan terus menyokong keperluan pembiayaan domestik.
Topic Berkaitan
#Fitch Ratings
#Penarafan Malaysia
#Sagarika Chandra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan