awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab Malaysia mahu Bajet 2018 sokong perkongsian kenderaan

Bernama
Bernama
24/10/2017
11:16 MYT
Grab Malaysia mahu Bajet 2018 sokong perkongsian kenderaan
GRAB Malaysia mahu Bajet 2018 menyokong rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan perkongsian awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.
Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh menjangkakan Bajet 2018 akan memperlihatkan cadangan strategi yang bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia secara am.
"Akan ada tumpuan khas ke atas ekonomi digital Malaysia yang semakin meningkat pantas, keperluan digital kita yang semakin berkembang dan unik termasuk mengukuhkan lagi, peranan negara dalam pembangunan infrastruktur digital di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan.
Goh berkata, kunci utama ekonomi Malaysia ialah pergantungannya kepada rangkaian pengangkutan yang diseleggara dengan baik dan bersepadu.
"Pengangkutan yang melibatkan penghantaran individu, barangan dan idea yang selamat serta mudah, bukan sahaja akan meningkatkan pertumbuhan, tetapi memberi kesan ke atas akses rakyat Malaysia kepada keperluan asas seperti pendidikan, pekerjaan, kemudahan perubatan serta penjagaan kesihatan dan makanan," katanya.
Sementara itu, Goh berkata Grab Malaysia ingin melihat sokongan yang berterusan bagi usaha kerajaan untuk membentuk keadaan yang lebih seimbang dalam industri perkongsian perjalanan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2018
#ekonomi
#Grab Malaysia
#kerajaan
#Ketua Negara Grab Malaysia
#Sean Goh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan