awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pekerja bengkel cat kereta kekal dipenjara 30 tahun bunuh warga emas
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Projek MAWILLA 4 dalam proses pengambilalihan tanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disney rancang buang 1,000 pekerja – Laporan

Agensi
Agensi
09/04/2026
01:04 MYT
Disney rancang buang 1,000 pekerja – Laporan
Syarikat hiburan Walt Disney Co. dilaporkan merancang untuk mengurangkan sehingga 1,000 jawatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Syarikat hiburan Walt Disney Co. dilaporkan merancang untuk mengurangkan sehingga 1,000 jawatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).
Memetik sumber yang mengetahui perkara itu, laporan berkenaan menyatakan kebanyakan pengurangan tenaga kerja dijangka melibatkan jabatan pemasaran, susulan langkah penyusunan semula dalaman syarikat gergasi hiburan itu.
Setakat ini, Disney belum mengesahkan laporan tersebut dan tidak memberikan sebarang maklum balas segera terhadap permintaan komen oleh agensi berita Reuters di luar waktu operasi perniagaan.
Pengurangan pekerjaan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha penjimatan kos dan penstrukturan semula ketika Disney berdepan perubahan landskap industri hiburan global, termasuk peralihan penonton ke platform penstriman dan tekanan terhadap margin keuntungan.
WSJ turut melaporkan langkah itu merupakan antara keputusan awal di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Disney, Josh D’ Amaro, yang memulakan tugasnya baru-baru ini.
Jika dilaksanakan sepenuhnya, ia akan menjadi pengurangan tenaga kerja terbesar Disney sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Syarikat itu sebelum ini telah memotong ribuan pekerjaan sebagai sebahagian daripada pelan penjimatan kos di bawah kepimpinan bekas CEO, Bob Iger. - Agensi
Topic Berkaitan
#Disney
#Walt Disney Co
#pembuangan kerja
#penyusunan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan