awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu disegerakan
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan

Bernama
Bernama
09/04/2026
08:23 MYT
MCMC akan ambil tindakan terhadap Papagomo susulan dakwaan palsu sekat laporan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris (foto) susulan dakwaan palsu bahawa suruhanjaya itu menyekat laporan mahkamahnya melibatkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris susulan dakwaan palsu bahawa suruhanjaya itu menyekat laporan mahkamahnya melibatkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan oleh Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai “Papagomo” itu adalah tidak benar dan sama sekali tidak berasas.
Menurut suruhanjaya itu, pihaknya tidak terlibat dalam kes berkenaan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan atau arahan untuk menyekat kandungan tersebut kepada mana-mana organisasi media atau platform digital.
“Sehubungan itu, MCMC akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap Wan Azri berhubung penyebaran dakwaan palsu tersebut,” menurut kenyataan tersebut.
MCMC turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang boleh mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.
Menurut suruhanjaya itu tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#Papagomo
#dakwaan palsu
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan